Wednesday, March 24, 2010

Hang Tuah
Hang Tuah adalah anak kepada
Hang Mahmud dan Dang Merdu Wati.Beliau adalah seorang pahlawan lagenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang.Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara dari seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di Istana.Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hingga Hang Tuah mendapat gelar Laksamana.Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti Pendekar Jawa Taming Sari.

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan Gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Tuah terpaksa untuk membunuh Hang Jebat kerana Hang Jebat menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.


Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

(Didapati dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Tuah )

Tuesday, February 23, 2010

http://www.bmsiber.com/ceterpen/frasaberbunga/ Website Frasa Berbunga

Kegiatan Hujung Minggu Saya

Saya berjalan dengan ibu saya di taman pada pukul 6.45 pagi selepas sembahyang Subuh.Kami berjalan selama satu setengah jam.Saya boleh berjumpa kawan ibu saya.Kami berjalan beberapa kilometer dan pergi ke tempat pancing beberapa kali untuk tengok orang memancing di sana.Kami pernah nampak orang menangkap ikan besar.




http://www.streetdirectory.com/stock_images/travel/scenery_normal/11107930820980/bedok_reservoir_reservoir_2_/

Thursday, February 11, 2010

Hari Pertahanan Mutlak adalah hari yang paling penting bagi saya kerana ia menunjukkan kuasa pertahanan Singapura.Kami menonton video yang menunjukkan Singapura sebagai negara yang biasa dan boleh dikenakan dengan bencana alam seperti negara-negara lain.Kami ada pertolongan dari negara-negara lain.Saya merasakan bahawa kita tidak harus menjadi hidung tinggi kepada negara yang selalu dikenakan dengan bencana alam.Kita harus menghantar pertolongan secepat mungkin kerana mereka akan mendapat orang yang mati kerana penyakit.Kita akan mendapat pengakuan yang baik.